Thursday, July 10, 2008

Jamuan Perpisahan Guru Besar

Jamuan ini telah diadakan pada 9/07/08 di Clear Water Sanctuary Golf Resort.
Jamuan ini diadakan sempena pertukaran guru besar Pn. Hafizah Bt. Hj. Abd. Wahab ke SK Sungai Rapat.
Ramai guru berasa sedih atas penukaran guru besar.
Kami warga SKSP berasa ini adalah satu kehilangan...ketua jabatan yang selalu memahami dan bertimbang rasa kepada semua staf... dan selalu memberi komitmen yang baik dalam apa jua program yang diadakan oleh guru..

Khemah Bestari tahun 6


Khemah bestari ini telah di adakan pada 27-29/06/08
boleh dikatakan khemah ibadah ini telah memberi kesan yang positif pada murid.
ramai murid yang telah menitiskan air mata ketika sesi recall...

Thursday, June 26, 2008

Persiapan AGA 2008

Nampaknya semua guru-guru sibuk dengan tugasan masing-masing. Menghias dan memperbaharui bilik khas masing-masing.
Panitia Pendidikan Islam pula sedang membuat persiapan untuk Khemah ibadah pada 27 dan 28 Jun 2008.
Bagi guru-guru PPSMI pula dah dok pening kepala dah.. nak jawab exam....
kena cakap.. speaking london... tu... tak tau la... kat depa.. kita doakan agar depa semua berjaya.... insya'allah.

Saturday, June 21, 2008

Kem KPerak Kidz dah selesai ....

Semua murid dan guru telah bertolak balik dari Kem Dato' Sagor dengan hati yang berat dan berbekalkan seribu ilmu.... di dada untuk di sampaikan kepada warga SK Simpang pulai kelak.

Di sini saya lampirkan sedikit gambar.. bagi menggambarkan.. suasana di Kem KPerak Kidz pada 21/06/08....

Wednesday, June 18, 2008

Kem Celik IT KPerak 2008

Kem Celik IT KPerak

17 hb. Julai 2008 hingga 21 hb. Julai 2008

Pengisian -

1. Open Office v2.2/2.3 : Writer, Cacl, Impress, Draw.

2. Pembinaan Blog - Guru

3. Pengunaan Kamera Digital

Aktiviti sampingan -

1. Motivasi Murid

2. Explore Hijau

Gambar-Gambar Aktiviti :