Wednesday, December 16, 2009

GB SK Simpang Pulai 2006 - 2009



Inilah adalah wajah-wajah Guru Besar yang telah berkhidmat di S K Simpang Pulai dari 2002 hinggalah sekarang....

Thursday, November 12, 2009

Program Susu Percuma Dari Dutchlady (M)



Terima Kasih kepada pihak Dutchlady (M) kerana telah memilih sekolah ini, saya wakil dari pihak S K Simpang Pulai mengucapkan ribuan Terima Kasih sekali lagi.

Wednesday, October 28, 2009

Kem Komandan Cemerlang dan Penuh Didikasi


Ini lah.. Kapten Amir Zaidi B. Jubaidi yang telah banyak mempertaruhkan masanya untuk menjayakan perkhemahan kali ini...

Monday, October 26, 2009

Perkhemahan Unit Beruniform SKSP '09


Perkhemahan Unit Beruniform ini telah diadakan khas untuk murid-murid tahun 6 bagi mendapat pangkat di dalam unit masing-masing. Perkhemahan ini telah berjalan dijalankan dengan suksesnya.... Pihak sekolah mengucap ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan program tersebut terutama sekali berbanyak-banyak terima kasih kepada Penyelaras Program ini.. iaitu En. Amir Zaidi B. Jubaidi.

Tarikh : 23 hingga 25 Okt. '09
Tempat : S K Simpang Pulai.

Tuesday, October 20, 2009

PKSR 2

PKSR 2 akan di adakan mulai 27 hingga 29 Oktober 2009.
Di harap semua murid bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan.
Moga Maju Jaya.

Friday, October 2, 2009

Mesyuarat Guru Dan TMK pada 6hb. Okt. 2009 (Selasa)

Makluman kepada semua guru :
Mesyuarat Guru dan TMK serta Bilik Akses.

Tarikh:6/10/09                                                        Jam : 1.00 ptg. 
Tempat : Bilik Gerakan
Kelas Tambahan dibatalkan, harap maklum. Kedatangan dan kejasama dari semua guru amat dihargai...

Monday, September 28, 2009

Jamuan Berbuka Puasa

Jamuan Berbuka Puasa ini diadakan pada 16.09.2009, bertempat di Kantin Sekolah S K Simpang Pulai.

Tuesday, September 15, 2009



Funscrape.Com

More Selamat Hari Raya Aidilfitri Comments
 
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga S K Simpang Pulai, Kiranya ada kesalahan di antara kita elok lah kiranya kita bermaaf-maafan.

Thursday, September 10, 2009

AZIZI HJ ABDULLAH
Menulis…

Siapa Peduli Mereka?*

‘Terima kasih bang....terima kasih bang...abang orang baik.’

Anda bayangkan jika mendengar kata-kata ini dari seorang perempuan 27 tahun, yang sedang mengandung, mengilik seorang anak perempuan, berganyut pula anak lelaki ketika saya dan dua kawan dari CAP memberi sekampit beras dan sedikit barangan dapur.


Bersama anak di muka pintu


Rumah tak ada elektrik, tak ada air. Rumah buruk seluas sepuluh kaki kali 15 kaki, di situlah tidur, di situlah makan, di situlah anjung, di situlah lepau, di situlah dapur dan di situlah ruang. Katanya, rumah itu dibeli RM5 ribu, hasil duit insuran kemalangan lima tahun yang lalu.

Bertangga kayu silang, depan tangga tempat melempar udang busuk, sampah sarap dan lunggukan lain-lain. Apa nak dikata kerana kawasan setinggan itu tidak punya tanah yang terluang untuk sampah.

Air bertakung di sana sini dan lorong hanya boleh dilalui motosikal.

Bayangkan jika malam menjelang, apa yang dibuat oleh sekeluarga dua anak suami isteri ini? Bayangkan air mandi dan basuh hanya diangkut setong dua oleh suami di tengah malam dari gerai Fama.

Bayangkan jika makan hanya ikan gelama kering, pucuk pegaga atau daun-daun yang meragas di tepi rumah. Bayangkan kalau diakui sendiri oleh isteri setia ini, kadang-kadang tak makan dua hari.

Saya tidak dapat mencari jawapan, di mana pula mereka membuang air besar, kalau di depan tangga sendiri orang lain melungguk sampah dan benda busuk sampaikan lalat dan ulat tak dapat digambarkan?


Depan tangga rumah Siti Ani Sepinar


Ya Tuhan, ini sebuah kehidupan lara yang pertama kali saya temui. Saya tak dapat bayangkan bagaimana mereka merindui kibaran bendera Malaysia di dalam TV ketika lagu Negaraku berkumandang, sedangkan sekampit Melo 500 gram pun mereka tidak mampu melihatnya. Jangankan sebotol perfume, mengelak bau busuk hanya sehari pun tidak mampu.

Siapakah yang melempar mereka ke telaga miskin ini?
Siapakah yang mahu peduli nasib mereka seperti ini?
Ani Sepira seorangkah dalam Malaysia ini?
Di mana kemanusiaan dan prihatin?
Pemerintah mana yang ambil peduli?

Ya Allah,
Katanya ada manusia berpedapatan RM 49 ribu sebulan
Masakan RM 49.00 tidak boleh dicampak ke sini?
Katanya mereka ini sangat berharga
Hanya ketika musim pilihanraya.

* Temuilah kemiskinan tegar di bandar ini: Kg Gunung Sali, Bandaraya Alur Setar.

Gejala Sosial



Ada pendapat mengatakan minum air daun ketum, bagus.


1.
Adakah minuman air daun ketum merupakan satu masalah sosial atau ia mendatangkan mudarat yang melampau?

Apa pun tanggapan umum sekarang, penyalahgunaan daun ketum sama seperti dadah. Bagi sesetengah pengamal, minum dan ketagihan dianggap bukan sebagai satu masalah, tetapi ia tetap mendatangkan masalah terutama kesan sampingan.

Bukan menafikan negeri lain tidak ada penanaman pokok ketum ini, tetapi wartawan Utusan Pengguna telah meninjau di sekitar negeri Perlis. Ternyata pokok ketum ditanam dengan bebas dan meminumnya mempunyai tempat-tempat (gerai) tertentu, seumpama kelab khas. Malah pokok ketum yang ditanam seperti jajaran pokok-pokok mempelam ini, dijadikan pula pusat perubatan tradisional.

Gejala sosial bukan sahaja berhadapan dengan sikap dan gaya meniru dan membazir tetapi juga tidak beretika dengan kebersihan. Golongan ini tidak mengenali tempat sampah dan kitar semula.

Siapa yang boleh membetuli mereka jika bukan sistem pendidikan yang telus, luhur dan mempunyai pendekatan agama.

-Dapatkan utusan Pengguna keluaran Sep/Okt. 2009



Di antara remaja yang mabuk arak.


2.
Central Square di Sungai Petani merupakan pusat membeli-belah tetapi juga tempat pertemuan dan golongan remaja melepak. Bagi golongan remaja yang tidak mempunyai dunia khusus (seperti remaja perempuan yang lari dari rumah) pusat membeli-belah merupakan dunia dan rumah yang menjadi tempat berteduh waktu siang.

Di sana sejuk. Di sana tidak sunyi. Di sana boleh menemui kawan dan lawan. Di sana juga ada makan percuma dari pemancing mangsa.

Gadis N, berusia 15 tahun (bukan nama sebenar) ditemui oleh sukarelawan LANDAS. Dia yang berhari-hari dalam intipan sukarelawan, sering mundar-mandir sebaik-baik sahaja Central Square dibuka. Dia tidak peduli pakaian yang compang-camping. Dia tidak peduli rambut dan wajahnya. Yang penting dia dalam keadaan bebas.

“Untuk apa saya balik ke rumah. Adik-adik ramai. Bapa main judi. Emak tak peduli. Bapa dan emak selalu bergaduh dan tak pedulikan kami,” kata N yang berasal dari Baling.
“Minum?”
“Saya tak beli. Kawan bagi kalau lebih.”
“Minum di mana kalau macam ni?”
“Atas apartmen sana. Tidur pun di sana.”
“Berani?”
“Apa nak takut. Kawan ramai. Mereka baik.”


-Cerita lanjut, dapatkan Utusan Pengguna keluaran Sep/Okt 2009

Rebut peluang pengampunan di malam Lailatul Qadar

Oleh: Dato' Dr Haron Din

Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.


Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Harakahdaily/-

kata nasihat Ibnu Qayyim


Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.

9 pembaziran yang sering dilakukan manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:

Ilmu pengetahuan
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

Amalan
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.

Kekayaan
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.

Hati
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

Tubuh badan
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

Cinta
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

Masa
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

Akal
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

Zikir
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.


Wallahu'alam. semuga Allah s.w.t memberi kekuatan untuk kita amalkan. Wassalam.

Wednesday, September 9, 2009

Minggu UPSR 2009

Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak murid kita memperoleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang... insya'allah..

Wednesday, September 2, 2009

RENUNGAN BERSAMA

Jangan Bersedih, kerna bersedih itu hanya merosakan badan.
Al-Mutanabbi berkata :

Kecemasan hanya akan mengakibatkan tubuh menjadi kurus dan rambut si bocah akan beruban dan menjadi amat tua.

Program Ya.. Ramadhan...

Program "Ya... Ramadhan Al-Mubarak" ini dilaksanakan sempena bulan Ramadhan bagi memantapkan pengisian keagamaan di dalam jiwa murid-murid SKSP serta dapat menghayati bulan ini dengan sepenuh jiwa mereka.... insya'allah....

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Berpuasa

Saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga SKSP, moga anda semua mendapat keberkatan di dalam bulan yang penuh mulia... ini.....

Wednesday, February 4, 2009

Sambutan Hari Kemerdekaan 2008

Program ini telah berjalan seperti yang dirancangkan..
Program kibarkan Jalur Gemilang mendapat sambutan yang baik dari semua pihak.
Kami dari pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam menjayakan Hari Kemerdekaan 2008.
"Terima Kasih"